Keledek Training

Kami kini menyediakan pelbagai jenis kursus untuk anda!


Lihat kursus
Keledek Training

Kursus Pengendalian Makanan


Kursus Pengendalian Makanan merupakan syarat wajib Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk semua pengusaha dan pengendali makanan.


Daftar sekarang- RM50
atau hubungi kami

Kenapa Memilih Kami?


DiIKTIRAF KKM

Kami merupakan pengajar yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

tempat yang selesa

Ilmu yang disampaikan tidak lengkap dengan suasana kelas yang selesa.

tenaga pengajar professional

Semua tenaga pengajar kami mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun.

Tenaga Pengajar


Di Keledek Training, latihan hanya disampaikan oleh jurulatih yang mahir dibidangnya. Kami akan mengelak dari memberi komitmen diluar kepakaran kami. Ini dapat menjamin kualiti kandungan dan ilmu yang anda perolehi ditahap diharapkan.

Badri Jaafar
Badri Jaafar Coordinator

Edni Suhaila
Edni Suhaila Pengajar

Daftar

Hubungi kami bagi mendapatkan makluman tarikh, masa, dan tempat kursus.

Hubungi

Hadir

Menghadiri kursus seperti yang ditetapkan dan menerima sijil. Tempoh pengajaran adalah selama 3 jam.

Hadir

Terima

Menerima ilmu pengurusan dan pengendalian dari Keledek Training secara sah. Boleh diaplikasikan terus setelah menerima sijil.

Terima
FAQ

Soalan-Soalan Lain


Kami cukup teruja apabila setiap hari kami menerima pelbagai persoalan dari para pelanggan. Kami sangat gembira apabila dapat merungkaikan segala permasalah para pelanggan apabila berurusan dengan pihak Keledek Training. Di halaman ini, kami cuba senaraikan soalan-soalan yang kerap ditanya oleh para pelanggan untuk rujukkan semua pihak.

Berapa lamakah tempoh pengajaran Kursus Pengendalian Makanan?

KKM menetapkan sekurang-kurangnya 3 jam.

Berapakah bayaran yang dikenakan?

Bayaran sebanyak RM50 setiap seorang dikenakan. Kadar ini dtetapkan oleh KKM. Bagaimanapun, pihak kami dibenarkan menambah kos-kos lain seperti bilik latihan dan makan minum jika berkaitan.

Saya mempunyai ramai pekerja yang mahu menghadiri Kursus Pengendalian Makanan, bolehkah saya menghantar semua pekerja saya ke Keledek Training?

Ya, sila hubungi kami untuk pendaftaran.

Kami juga boleh mengadakan kursus dalaman di premis anda sekiranya ianya sesuai. 

Siapa yang patut sertai Kursus ini?

Pengendali Makanan” termasuklah mana-mana orang yang –

(a)  terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan;
(b)  menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan; dan
(c) mengendalikan makanan yang berbungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas, dalam mana-mana premis makanan;”

Adakah pekerja Kedai Runcit perlu menghadiri kursus ini?

Secara dasarnya, semua kakitangan di premis perniagaan makanan WAJIB menghadiri kursus Latihan Pengendali Makanan. Antara premis-premis yang telah dilatih adalah:-

  1. Kantin Sekolah, Kantin Rumah Kebajikan, Kantin Institusi Pengajian Tinggi dan Kantin Kilang
  2. Dapur Asrama, Dapur Hospital, serta Dapur Pusat Latihan seperti PLKN.
  3. Kedai Makan dan Restoran
  4. Hotel , Rumah-rumah Penginapan dan Peranginan.
  5. Pusat Penjaja, Food Court, Gerai serta penjaja persendirian.
  6. Penjaja bermusim seperti Pasar Malam dan Bazar Ramadhan.
  7. Kilang Pengeluar Makanan dan Minuman
  8. Tukang Masak dalam Kapal dan Dermaga Carigali.
  9. Pembekal serta Pengedar Makanan basah dan kering.
  10. Sajian Makanan/Catering
  11. Ushawan dan Pengeluar makanan ringan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Sijil saya hilang, adakah boleh dapat semula?

Jika anda menghadiri kursus pengendalian makanan dengan kami, ya. 

Tetapi sedikit caj dikenakan bagi tujuan cetakan semula serta pencarian indek sijil terdahulu. RM10 dikenakan tidak termasuk caj pos.

Berapa bayaran untuk gantian sijil baru?

Bergantung kepada tarikh anda membuat kursus.

Apakah peralatan yang saya akan terima sepanjang kursus?

Buku Panduan

Sijil

Latihan secara praktikal (cara mencuci tangan)

Apakah tujuan sebenar keperluan menyertai kursus pengendalian makanan?

Untuk memenuhi hasrat KPM untuk mengurangkan kes keracunan makanan.

Mematuhi undang-undang dan akta Peraturan Kerbersihan Makanan 2009.

Mendapat pendedahan yang betul mengenai cara mengendalikan makanan yang bersih dan selamat.